Pages

Subscribe:

Pengikut

Ahad, 13 Mei 2012

Struktur dan rekabentuk Microsoft Access XP

Database window : Ianya menyediakan kemudahan bagi pembinaan object database seperti table, query, table, form, report dilaksanakan.

Table :
Table digunakan bagi menyimpan maklumat atau data bagi sesebuah sistem pangkalan data. Seseorang pengguna boleh memapar, meminda ataupun memasukkan data menerusi penggunaan table.

Query
Query membolehkan pengguna mempersembahkan sesuatu maklumat dalam bentu yang lebih bermakna. Ia akan mencapai rekod-rekod tertentu berdasarkan keperluan untuk dipersembahkan. Ia boleh digunakan bagi menggabungkan lebih dari satu table bagi membentuk satu perhubungan yang diperlukan.

Form
Form atau borong merujuk kepada tetingkap yang digunakan bagi memapar serta memasukkan sesuatu data ked ala sebuah atau lebih table. Penggunaan form menjadikan operasi ini lebih mudah dan mesra pengguna.

Report
Report merujuk kepada maklumat dari table atau query yang disusun dalam format tertentu khususnya bagi tujuan cetakan. Ia juga boleh dimasukkan elemen seperti ungkapan aritmetik, jumlah rekod, label, carta dan sebagainya.

Pages
Merupakan satu kemudahan bagi anda membina satu system yang membolehkan seseorang pengguna mempersembahkan sata, memasukkan data atau meminda data menerusi kemudahan internet.

Macro
Menyimpan koleksi arahan bagi satu atau lebih operasi kerja yang anda ingin laksanakan oleh Microsoft Access secara automatic berdasarka peristiwa atau keadaan tertentu.

Module
Merupakan objek yang mengandungi prosedur atau kod aturcara yang dihasilkan menerusi penggunaan perisian isual Basic.

Relationship
Merujuk kepada ikatan atau perhubungan yang dibentuk di antara table atau query. Relationship akan menghubugkan table yang mempunyai elemen atau medan yang sepadan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan